I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010, Maaf Zahir Batin

Saturday, July 10, 2010

Kem Bestari Solat Tahun 1 & 2 2010


Kem Bestari Solat 2010 meneruskan aktivitinya bagi tahun ini. Kehadiran murid kali ini memuaskan, 200 orang murid mewakili 65% daripada semua murid tahun 1 & 2 hadir untuk kem kali ini. Bagi murid tahun 1 ini adalah pengalaman pertama mereka dalam program seperti ini. Semoga ini menjadi tititk permulaan bagi mereka menghayati islam sebagai agama bertepatan dengan israk mikraj nabi yang jatuh hari ini.

Monday, July 5, 2010

Anugerah Pengurusan Surau Terbaik Daerah Tawau


Anugerah Pengurusan Surau Terbaik (Kategori Luar Bandar) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tawau 2010 telah disampaikan oleh En. Darman Shah B. Hj Asakil (Pegawai Pelajaran Daerah Tawau) kepada SK Umas-Umas. Anugerah tersebut telah diterima oleh Tuan Guru Besar SK Umas-Umas Tawau. Majlis yg diadakan pada hari sabtu, 3 Julai 2007, bertempat di Institut Perguruan Tawau telah menaikkan semangat AJK surau untuk terus membuat pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi warga Sekolah. Pihak pengurusan Surau An-Nur SK Umas-Umas ingin berkongsi kejayaan ini dengan semua yang telah memberikan sumbangan tenaga & wang ringgit, semoga Allah yang dapat membalasnya.

Friday, June 4, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010


Sederhana tapi meriah, itulah gambaran Majlis Sambutan Hari Guru SK Umas-Umas bagi tahun 2010. Memulakan program dengan sukaneka pada hari khamis 3 Jun 2010, semangat yang ditunjukkan oleh semua guru amat memberansangkan. Acara-acara yang disediakan oleh pihak penganjur telah berjaya menjadikan program pada hari tersebut meriah. Pada hari seterusnya iaitu hari kemuncak program telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan ucapan alu-aluan, ucapan Guru Besar & ucapan perasmi program iaitu En. Abd Rashid Kahar, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Tawau. Program dihiasi dengan ikrar guru, nyanyian guru malaysia, sajak, tarian & sambutan hari jadi guru-guru yang lahir dari bulan Jan - Jun, turut diadakan juga pemberian augerah khas guru besar dan bertukar-tukar hadiah bagi semua guru. Semoga jasamu guru dikenang & dihargai sepanjang zaman.

Friday, May 28, 2010

Hari Usahawan SK Umas-Umas


90% rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Tidak dapat dinafikan orang bumiputra khususnya orang melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang ini. Sehubungan dengan itu pihak sekolah melalui Unit Kemahiran Hidup mengadakan Hari Keusahawanan peringkat sekolah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menguruskan sesuatu perniagaan. Pada hari sama juga Unit Anti Dadah telah mengadakan program Anti Dadah peringkat sekolah, syabas diucapkan kepada semua AJK yang menjayakan semua program.

Tuesday, May 18, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


Peperiksaan Pertengahan Semester 2010, 18-21 Mei 2010, murid-murid diingatkan supaya datang awal, membawa alat tulis. Semoga berjaya.
Selasa : BM1 & BM2, KH, Bahasa Arab
Rabu : BI1 & BI2, P. Islam Moral, KT
Khamis : M31 & M32, Muzik, PSV
Jumaat : Sains, S&K, PJK

GOTONG ROYONG PERDANA PIBG


Sabtu, 15 Mei 2010, SK Umas-Umas, Tawau. Gotong Royong Perdana PIBG SK Umas-Umas 2010 telah diadakan sempena menyambut hari guru pada tahun ini. Program ini adalah program peringkat kebangsaan, di mana semua sekolah di seluruh Malaysia mengadakan program yang sama pada hari tersebut. Tahniah & terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini, terutama ibubapa yang sama-sama memastikan bahawa program ini dapat berjalan dengan lancar.

Sunday, April 11, 2010

j-QAF Makeover



Demi memastikan keselesaan dan kecerian bilik j-QAF, Guru-guru Panitia Pendidikan Islam SK Umas-Umas pada hari jumaat yang lepas bergotong royong membersihkan dan memberi wajah baru kepada bilik Operasi ini. Alhamdulillah, dalam mas 3 hari, dengan tenaga yang terhad, bilik ini dapat mendatangkan kelainan yang dapat menarik murid-murid yang akan menggunakan bilik ini.

Monday, March 15, 2010

KEM KHATAM AL-QURAN 2010


Bagi merialisasikan hasrat sekurang-kurangnya 50 murid tahun 6 SK Umas-Umas dapat Khatam Al-Quran. Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kem Khatam Al-Quran 2010. Dengan penyertaan murid seramai 38 orang, kem ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang murid-murid sepanjang cuti sekolah, ianya juga dapat memotivasikan murid untuk minat membaca Al-Quran.

Friday, February 26, 2010

MTQ ZON KALABAKAN 2010



Menang dan Kalah adat pertandingan, tetapi semangat untuk terus berjuang untuk berada dalam kalangan yang terbaik antara terbaik harus diberikan pujian. MTQ kali ke - 19 yang diadakan di SK Brumas kelmarin 25.02.2010 telah diadakan dengan jayanya.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi SK Umas-Umas :

Johan
Tilawah Lelaki
Hafazan Lelaki

Naib Johan
Hafazan Perempuan
Bercerita Perempuan
Nasyid
Kompang Selawat

Tempat Ketiga
Tilawah Lelaki
Bercerita Lelaki

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, yang tidak berjaya jangan patah semangat, cuba lagi tahun hadapan.

Saturday, February 20, 2010

KEM BESTARI SOLAT 2010


Siri 1 Tahun 3 & 4 memulakan siri Kem Bestari Solatnya bagi tahun ini, dengan kehadiran seramai 185 orang murid, kem dimulakan dengan bacaan doa. Selepas bersarapan pagi murid-murid mula mengikuti program yang dikendalikan oleh fasilitator yang telah ditetapkan. Seperti kem-kem yang lepas murid diterapkan dengan aktiviti secara amali dan praktikal. Semoga program ini akan memberi banyak manfaat kepada semua generasi murid di SK Umas-Umas.

Friday, January 15, 2010

MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA


Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Pertama telah diadakan pada hari khamis bersamaan 14 Januari 2010. Mesyuarat yang dihadiri oleh sebahagian besar dari ahli membincangkan perancangan yang akan dijalankan oleh panitia sepanjang tahun 2010. Dalam mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Hasnan, banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh ahli antaranya ialah berkenaan dengan persediaan MTQ, P&P, Pelaksanaan Program j-QAF, Pelantikan AJK Panitia 2010 dan Kursus Dalaman. Banyak isu yang dapat diselesaikan dalam perjumpaan kali ini, semoga apa yang telah dirancang, dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyaallah.

Tuesday, January 5, 2010

SELAMAT MENIMBA ILMU


Selamat Menimba Ilmu, itulah ungkapan yang diberikan kepada semua murid SK Umas-Umas, Tawau dengan bermulanya sesi persekolahan yang bermula hari ini 4.01.2010, semoga dengan permulaan tahun baru ini akan dapat memberikan satu suntikan semangat kepada semua murid dalam mencari ilmu pengetahuan. Selamat datang juga diucapkan kepada adik-adik tahun satu yang baru saja melangkah ke alam persekolahan yang tentu saja memberikan pengalaman baru kepada mereka.

Kalam Suci