I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 16, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2009


Majlis Khatam Al-Quran 2009 telah diadakan pada hari khamis bersamaan 10.11.2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Tuan Eshak. Seramai 16 orang peserta telah menyertai majlis tersebut. Ianya didakan bersempena murid-murid yang telah berjaya menghabiskan Al-Quran sebanyak 30 juzuk, diharapkan lebih ramai lagi murid yang akan menyertai program seperti ini pada masa yang akan datang.

Thursday, October 22, 2009

MAJLIS SEMPENA GURU BESAR MENDAPAT IJAZAH


Majlis sempena Guru Besar SK Umas-Umas, Tuan Hj. Samsuddin B. Kastari mendapat segulung ijazah telah diadakan oleh pihak pengurusan sekolah bersama guru-guru di Kantin SK. Umas-Umas pada 22 Oktober 2009. Majlis seumpama itu diadakan bagi mengucapkan tahniah kepada Guru Besar. Setelah beberapa tahun bertungkus lumus menyambung pelajaran, akhirnya beliau mendapat apa yang telah diimpikannya selama ini, dalam majlis tersebut beliau mendapat hadiah cenderahati dari pihak guru-guru & KTBM serta dari PK Kurikulum En. Jumat Atok. Dalam ucapannya beliau berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi sokongan selama beliau belajar dan berharap anak-anak buahnya dapat mengikut jejak langkahnya untuk terus menyambung pelajaran. Tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar semoga dapat terus memberi khidmat bakti demi memajukan anak bangsa.

Minggu Persatuan Pendidikan Islam 2009

Sunday, October 18, 2009

Projek Baik Pulih Surau Fasa 2


Projek Baik Pulih Surau SK Umas-Umas telah masuk Fasa yang ke-2, Fasa pertama telah selesai pada bulan Ramadhan yang lepas. Projek Fasa ke-2 akan bermula dengan membina tempat wudhuk lelaki dengan diketuai oleh Ustaz Khazain, projek ini masih memerlukan sumbangan wang ringgit, tenaga atau meterial yang akan membantu melicinkan projek ini. Pihak yang telah banyak menyumbang diucapkan ribuan terima kasih, mudah-mudahan Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Friday, July 3, 2009

Perginya Serikandi Umas.....



Bermulanya sesi persekolahan sesi kedua, Panitia Pendidikan Islam telah kehilangan 2 orang serikandi. Puan Siti Norhidayah yang telah pulang ke kampung halamannya di Johor bersama suami tercinta & Puan Noor Aslina yang telah berpindah ke sekolah di bandar Tawau. Selama berkhidmat, Puan Norhidayah banyak membantu dalam meningkatkan mutu pendidikan di Kawasan Felda Umas-Umas, begitu juga Puan Noor Aslina banyak membantu Panitia ini walaupun hanya berkhidmat dalam masa 6 bulan sahaja di sini, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Kami doakan semoga dapat mendidik anak bangsa walau di mana anda berada demi meninggikan syi'ar islam.

Monday, June 8, 2009

KBS Tahun 3&4 siri 1

Kem Bestari Solat siri pertama bagi tahun 3&4 dan yang kedua bagi tahun 2009 telah berjaya diadakan pada hari sabtu bersamaan 16 Mei 2009. Program ini telah berjaya menarik hampir 70% murid yang beragama islam. Pengisian program : Syarat wajib & sah solat, amali wudhuk & solat, bacaan doa qunut, surah al-a'sr dan lafaz azan & iqamah. Fasi yang terlibat adalah terdiri daripada guru panitia pendidikan islam & beberapa guru sukarela. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kem ini.

Thursday, April 9, 2009

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1430H


Sambutan Maulidurrasul Peringkat Gugusan Umas telah diadakan pada hari sabtu 13 Mac 2009. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Muhajirin Felda Umas. Antara aktiviti yang dijalankan, perarakan sekitar kawasan felda, pertandingan sepanduk, ceramah agama, pertandingan kompang dan persembahan nasyid. Majlis tersebut telah dapat menarik sebahagian dari penduduk felda untuk mengenang dan memperingati Rasulullah s.a.w.

Thursday, March 5, 2009

KEPUTUSAN MTQ ZON KALABAKAN


Keputusan MTQ Zon Kalabakan 2009 (SK Umas-Umas)

Tilawah (L)
Tempat Pertama

Tilawah (P)
Tempat Kedua

Hafazan (L)
Tempat Ketiga

Hafazan (P)
Tempat Ketiga

Bercerita (L)
Tempat Ketiga

Bercerita (P)
Saguhati

Nasyid
Tempat Kedua

Keseluruhan : Tempat Ketiga

Thursday, February 26, 2009

MTQ PERINGKAT ZON KALABAKAN

MTQ peringkat Zon Kalabakan akan diadakan pada hari ini 26.02.2009, semua peserta bersemangat untuk menyertai MTQ kali ini, semoga semua peserta yang menyertai akan mendapat kejayaan, amin......

Saturday, February 7, 2009


Kelas tasmik SK Umas-Umas, Tawau akan diadakan bermula 9 Februari 2009, semua murid tahun 1-5 yang beragama Islam adalah DIWAJIBKAN menghadiri kelas tersebut. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ust. Mohd Yusoff untuk sesi pagi & Ust. Khazain untuk sesi petang.

Tuesday, January 27, 2009

LATIHAN MTQ BERMULA

Ust. Suhaiza memberikan taklimat kepada peserta Nasyid

Peserta tekun membuat latihan vokal

MTQ peringkat Zon Kalabakan akan diadakan pada 26 Februari 2009 di SK Luasong. Sebanyak 4 acara akan diadakan, iaitu nasyid, hafazan, tilawah & bercerita. Kumpulan nasyid mengambil langkah awal dengan mengadakan latihan sepanjang cuti minggu ini, kumpulan nasyid ini di bawah seliaan Ust. Izham & Ustazah Suhaiza. Dengan berkat usaha ini, kita doakan semoga mereka berjaya.

Friday, January 23, 2009

SUKAN ZON KALABAKAN


Selamat Berjaya diucapkan kepada semua atlit yang akan mengikuti sukan olahraga peringkat Zon Kalabakan di Kompleks Sukan Tawau esok 24.01.2009, semoga segala usaha yang dilakukan akan dapat membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Amin...

Wednesday, January 21, 2009

Selamat Dilahirkan


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, atas penubuhan blog Panitia Pendidikan Islam SK Umas-Umas, Tawau, semoga menjadi wadah perjuangan guru-guru di sekolah ini.

Kalam Suci