I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 4, 2012

Program Guru Penyayang 2012


Pada 1 Mac 2012, tepat jam 6.00 pagi telah berlangsung Program Guru Penyayang di Sekolah Kebangsaan Umas-Umas, Tawau. Program ini juga berlangsung di seluruh negara. Tujuannya ialah untuk memupuk semangat guru sayangkan murid & murid sayangkan guru. Seawal jam 5.50 pagi lagi guru berbaris dipintu pagar sekolah, murid yang masuk ke kawasan sekolah bersalaman dengan guru sambil diberikan kata semangat. Semoga murid akan lebih bermotivasi untuk menimba ilmu di sekolah.

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010, Maaf Zahir Batin

Saturday, July 10, 2010

Kem Bestari Solat Tahun 1 & 2 2010


Kem Bestari Solat 2010 meneruskan aktivitinya bagi tahun ini. Kehadiran murid kali ini memuaskan, 200 orang murid mewakili 65% daripada semua murid tahun 1 & 2 hadir untuk kem kali ini. Bagi murid tahun 1 ini adalah pengalaman pertama mereka dalam program seperti ini. Semoga ini menjadi tititk permulaan bagi mereka menghayati islam sebagai agama bertepatan dengan israk mikraj nabi yang jatuh hari ini.

Monday, July 5, 2010

Anugerah Pengurusan Surau Terbaik Daerah Tawau


Anugerah Pengurusan Surau Terbaik (Kategori Luar Bandar) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tawau 2010 telah disampaikan oleh En. Darman Shah B. Hj Asakil (Pegawai Pelajaran Daerah Tawau) kepada SK Umas-Umas. Anugerah tersebut telah diterima oleh Tuan Guru Besar SK Umas-Umas Tawau. Majlis yg diadakan pada hari sabtu, 3 Julai 2007, bertempat di Institut Perguruan Tawau telah menaikkan semangat AJK surau untuk terus membuat pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi warga Sekolah. Pihak pengurusan Surau An-Nur SK Umas-Umas ingin berkongsi kejayaan ini dengan semua yang telah memberikan sumbangan tenaga & wang ringgit, semoga Allah yang dapat membalasnya.

Friday, June 4, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010


Sederhana tapi meriah, itulah gambaran Majlis Sambutan Hari Guru SK Umas-Umas bagi tahun 2010. Memulakan program dengan sukaneka pada hari khamis 3 Jun 2010, semangat yang ditunjukkan oleh semua guru amat memberansangkan. Acara-acara yang disediakan oleh pihak penganjur telah berjaya menjadikan program pada hari tersebut meriah. Pada hari seterusnya iaitu hari kemuncak program telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan ucapan alu-aluan, ucapan Guru Besar & ucapan perasmi program iaitu En. Abd Rashid Kahar, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Tawau. Program dihiasi dengan ikrar guru, nyanyian guru malaysia, sajak, tarian & sambutan hari jadi guru-guru yang lahir dari bulan Jan - Jun, turut diadakan juga pemberian augerah khas guru besar dan bertukar-tukar hadiah bagi semua guru. Semoga jasamu guru dikenang & dihargai sepanjang zaman.

Friday, May 28, 2010

Hari Usahawan SK Umas-Umas


90% rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Tidak dapat dinafikan orang bumiputra khususnya orang melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang ini. Sehubungan dengan itu pihak sekolah melalui Unit Kemahiran Hidup mengadakan Hari Keusahawanan peringkat sekolah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menguruskan sesuatu perniagaan. Pada hari sama juga Unit Anti Dadah telah mengadakan program Anti Dadah peringkat sekolah, syabas diucapkan kepada semua AJK yang menjayakan semua program.

Tuesday, May 18, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


Peperiksaan Pertengahan Semester 2010, 18-21 Mei 2010, murid-murid diingatkan supaya datang awal, membawa alat tulis. Semoga berjaya.
Selasa : BM1 & BM2, KH, Bahasa Arab
Rabu : BI1 & BI2, P. Islam Moral, KT
Khamis : M31 & M32, Muzik, PSV
Jumaat : Sains, S&K, PJK

Kalam Suci